Monday 17 March 2014

Resepi simple almond crunchies caramelo


Haa..mesti ada yang suka makan almond caramelo ni kan? sedap kannnn..sha pun suka. Pernah sekali beli online 3 balang..tak sampai 2 hari dah habis uolls..cemane tu. Sangat sedap sesangat. So,bila dah sedap dan rasa ketagih je bila makan,sha pun fikir baik buat sendiri lagi puas makan. Sha buat pakai loyang saiz biasa untuk buat kek je..sebab malas pula nak cari loyang yang lebih besar kat kedai..hehe. Tapi tetap menjadi jugak. Resepi yang simple dan paling senang nak buat.

Bahan-bahan;
500gm tepung florenta (memandangkn sha pakai loyang saiz biasa so sha pakai 100gm je)
30gm biji labu
30gm biji watermelon
30gm almond
30gm kuaci putih/hitam
10gm biji bijan

Cara-cara:
1) panaskan sekejap biji labu,watermelon,almond dan kuaci sebentar dalam microwave selama 10 minit dlm suhu 160c. Biar biji2 tu separuh masak..

2) lepas tu keluarkan dan sejukkan sebentar sebelum d gaul bersama dengan tepung florenta

3) bila dah sejuk gaulkan biji2 tadi bersama dengan tepung dan bijan

4) ratakan adunan dalam loyang..jangan lupa alaskan dengan kertas kek bukan kertas minyak ye.

5) siap..boleh lah dmasukkan dalam microwave dan dibakar selama 10 minit

6) selepas je keluar dari oven tu..cepat2 potong kepada beberapa kepingan dan simpan dalam bekas kedap udara.

bahan-bahan untuk membuat almond crunchy caramelo...


Gaulkan smua sekali dengan tepung florenta

tadaa...almond yang telah siap dimasak 


 Bila dah dikeluarkan terus dari oven cepat2 potong kepada beberapa kepingan tau..sebab biskut almond ni cepat mengeras. Bila dah keras tak dapat lah nak potong mengikut saiz yang kita suka.

Inilah rupa almond yang tak seberapa tapi rasa nya tiptopp..try lah buat.



kat atas tu sha bagi resepi simple untuk saiz loyang 8 inci biasa..kalau korang pkai saiz  yang lebih besar,kena adjust lah sukatan.


ok..bila dah siap d potong kepada beberapa kepingan boleh lah d simpan di dalam bekas kedap udara ye..

Ok,dah siappp..jom kita makan..:-) cuba sekali pasti nak lagi..selamat mencuba semua..




2 comments:

  1. Sy dh try wat..tp, mase kuar oven, time nk potong dye cm tertarik..jd x cntik..
    Sis wat cmne yer bg cantik potongan cookies nie?

    ReplyDelete
  2. Sy dh try wat..tp, mase kuar oven, time nk potong dye cm tertarik..jd x cntik..
    Sis wat cmne yer bg cantik potongan cookies nie?

    ReplyDelete