Tuesday, 15 May 2012

Mud rajin update...:-)

Salam buat semua..selamat petang. Selamat bekerja bagi yang bekerja. Lama dah tak update blog nih kan. Bukan dah tak nak update dah,cuma agak sibuk akhir-akhir ni. Maklum lah tengah sibuk dengan bisnes kecil-kecilan...hahaha. Rahsia...akan tiba nanti kita umumkan...tunggu...kita berblog ni bukan lah nak mengaut keuntungan,saja nak share something. Luahkan perasaan rindu dan kecewa bukan sekadar nak menagih simpati cuma untuk memuaskan hati dan menenangkan hati selain dari solat 5 waktu..berblog nih hanya sekadar luahan untuk mengisi kekosongan di hati di saat keboringan dan kesunyian bertandang. Agak-agak lama dah tak rasa boring. Alhamdullilah..kehidupan semakin sempurna. Syukur kepada NYA. Semua rezeki yang datang hanya dari yang maha esa. Dan sebagai umat Nya..aku bersyukur.
Walaupun di mata orang lain,aku tak sempurna mana pun. Ya..aku memang bukan dilahirkan untuk menjadi seorang yang begitu sempurna tapi aku akan cuba untuk jadi yang lebih sempurna. Melalut jer aku petang-petang nih. Aku tengah menghitung hari nak sambut gawai dengan familyku di kampung..tak lama lagi tu. Bukan senang nak balik selalu. Aku mengamalkan prinsip 1 malaysia..hehe. Gawai pun aku sambut..raya aku sambut juga. Best kan? Meriah gitu.
Ok lah..perut pun dah berkeroncong dah ni. Jom kita minum petang..lapar dah. Ada masa kita santai di blog lagi ye. Masa sangat terhad..assalammualaikum..

Wednesday, 4 April 2012

Keep on Holiday Mode..

Salam khamis buat semua,lama dh x update blog...bkn taknak update,cuma agak bz dgn sumthing..alhamdullilah..semua nya sudah terlaksana. Rasa2 nya setengah azam utk thn nih dah tercapai dah. Syukur alhamdullilah,sedap mata memandang..***hehe**

Ok..mggu nih kita holiday di bandar kuching ler pulak. Holiday mode..seminggu jer. Tapi seminggu rasa sekejap jer kan,bkn senang dpt balik ni. En hubby asyik sibuk jer dgn keje..asyik trabelling jer. Ok.ade masa nanti kita share pic masa bonda dan adinda cuti2 malaysia kat cni ok..sekadar jadi hiburan dan tatapan sahaje..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 26 March 2012

Salam isnin buat semua..

Salam..lama dh x update blog. Hehe...buat2 bz dgn mcm2 hal. Bukan tak nak update lagi,cuma cik akak ni tgh bz dgn sumthing...apakah itu???? Hehe.. Tba2 mud nak update blog segar pulak hari nih. Tak berasa dah nak masuk bln april ler pulak..cpt nyer masa berlalu. Actually,byk story nk d kongsikn kat blog nih..tunggu ye. Saya tgh kumpul gambar & story utk entry saya nnt. Hikhik..***ada aku kesah***

Ok semua,nnt kita sambung lagi yer. Saje nak refresh blog kite ptg2 gini. Asalammm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 31 December 2011

Buka Lebaran Baru~~>2012

Happy new year olls...buka buku baru,tutup buku lama ok. Semoga thn baru nih memberikan rezeki dan kebahagiaan yg melimpah2 untuk kita semua. InsyaAllah...;-)

Ok,azam baru pulak masih seperti sebelum nya sbb azam lama pon masih blom tercapai lagi kannnnn. Takper,slow n steady beb. Tak pyh d ekot kan sgt dgn azam tuh,kalo dah azam last year masih lom tercapai lagi. ;-)

Bagi yg dah tercapai azam lama tuh,bole lah berazam lagi utk thn baru nih pulak. InsyaAllah,semua nya akan jadi mudah. Yg paling penting,berusaha,nekad,rajin dlam melaksanakan azam anda itu okehh. Dan jgn lupa berdoa.

Ok,happy new year buat semua,kwn2,sahabat handai,saudara mara,makcik2,pakcik2,emak2,bapak2,para suami & juga para isteri. Semoga dimurahkan rezeki selalu d thn baru yg penuh dgn keberkatan.

HAPPY NEW YEAR 2012!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, 29 December 2011

~Disember Yang Penuh Kesedihan~

Malam olls...nape cam sayu jer mlm nih. Saya rasa sedih lepas layan cta ttg DHIA ptg tadi. Hrrmmmmm. Banyak yg buat saya rasa sedih. Sedih sbb tak dpt nak balik christmas lepas jumpa kazen n auntie tersayang. Kalau x sebab mereka balik 2 thn sekali,dan sekali lagi saya x dpt nak bersama mereka. Mesti mereka begitu tertunggu2 nak tgk danish. Dulu masa dorang dtg,danish masih dlm perut lagi.

Sedihhh sesangat nih. Dari mula xmas sampai skarang masih terasa kesedihan nya. Jauh2 dorang dtg tapi saya x dpt balik. 2hb dorang dah balik pulak. Rindu sesangat kat dorang. InsyaAllah,kalau ader rezeki we olls g melaka pulak k. Maafkan daku!

Lots of love~~> Danish & Umi


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, 7 December 2011

-Lagi Dengan Novel-

Malam olls....tgh berjiwang jiwang nih baca novel. Baru hbs baca novel "7 hari mencintaimu". Perrghhh,sangat lah taching jln cerita nya. Boleh baca sambil klua air mata plus menangis gitu. Masa lapang saya habiskan dgn membaca novel. Koleksi novel pun semakin maju. Novel yg 700 lebih muka surat dpt hbs dlm masa 2 hari jer kalau d hayati dgn penuh perasaan okehh. Paling lama nak hbs baca novel dlm masa 4 hari. Paling cpt 2 hari jer. Siang mlm baca. Setakat nih yg mampu mengalirkan air mata saya sampai mata jadi lebam n sembap,bila baca novel nih lah. Ya allah ya ya tuhanku,series saya sangat menghayati jln cerita nya seolah2 saya berada dlm watak novel itu sampai menangis teresak2. Ok,saya mengaku saya adalah seorng yg sgt jiwang. Ahaksssss. ;-)

Skg nih tgh hangat dgn cta OMBAK RINDU. Masa sekolah dulu saya pernah baca novel ombak rindu nih. Penulis nya fauziah ashari. Itu pun novel kawan yg punya. Tapi dah x ingat sgt jln cerita nya. Juz ingat ttg jln cerita hidup bermadu. So skg nih tgh mengikuti novel ombak rindu kembali. Baca novel lagi rasa touching jika d banding dgn tgk movie. Baca novel seolah2 kita membayangkn kita berada dlm situasi dlm novel itu. Sebab itu lah saya tersangat lah suka baca novel.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, 1 December 2011

~Sekadar Jadi Tatapan~

Haloo korang? Tak dpt melelapkan mata ini malam. Tersangat lah jiwang hari nih. Baca novel blh touching sampai klua air mata,pastuh siap layan lagu jiwang rock kapak zaman otai2 dulu. Meleleh jer air mata. Saya seorang yg sangat lah jiwang, & sentimental. Tiba2 teringat dgn seorg hamba allah nih. Entah apa khbar agak nya dia ye? Hamba allah yg dulu pernah jadi kawan tiba2 jd lawan sbb persengketaan. Dia sahabat yg baik. Tapi dia telah mengkhianati persahabatan itu. Hati mana yg x sedih kan. Dah terlalu lama x jumpa or tgk dia. Sesungguh nya,saya telah memaafkan dia. Walau dimana pun dia berada,saya tetap doakan kebahagiaan utk dia. Saya tau saya x mampu nak jadi teman yg terbaik buat dia. Tapi saya bersyukur sbb saya telah diberi peluang utk mengenali dan menilai kebaikan dalam persahabatan itu. Terima kasih ya allah..


Published with Blogger-droid v2.0.1