Monday 28 October 2013

Adha skincare..ohh falling in love..:-) Part 1


~~> salam..halooo! Lama nya dah tak story mory kat blog ni. Ok,korang pernah try adha skincare tak? yang dah pernah try mesti akan cakap best kan! Sha suka try sumthing gud tapi tak memudaratkan skin. And adha is my choice. Serum adha best.sangat2. Boleh digelar serum magic uolss. Bila apply kat muka..the result is kababoom! really love it. Sha tahu & baca & kenal adha skincare nih dari instagram amoi heaxa..disamping tu belek-belek blog & facebook amoi heaxa. Kat instagram pun banyak jugak artis malaysia yang pakai..macam leez rosli af pun pakai gak. Cer korang usha ig leez..mesti die dok promote skincare yang die pakai..:-) Bila dah ada respon feedback dari mereka yang dah try & pakai sha pun terbuka hati nak try. Seriously,memang tergoda nak try. hahaha..sememang nya wanita tak pernah puas nak kekal cantik menawan..haha (ayat skema). Tapi jangan lupa bersyukur sebab semua kecantikkan & kesempurnaan yang kita dapat hanya lah pinjaman sementara dari NYA..alhamdullilah,syukur.

               Adha skincare nih dari jakarta indonesia. Korang tengok lah artis2 indonesia semua nya gebu mulus je kulit dorang. Kulit dorang pinkish2 gitu. Nak cari skincare yang sesuai dengan kulit kita kena lah tengok cuaca kat negara kita macamana..kalau korang pakai produk kpop lah misal nya,negara dorang sejuk..cuaca sejuk..of course lah kulit dorang cantik sesuai dengan skincare yang dorang pakai. kalau pakai skincare dorang kat tempat kita ni..agak-agak sesuai tak?? ada yg betuah memang lah sesuai..kalau dapat yang tak sesuai?? takkan nampak improvement pun. So kena pandai pilih yang sesuai dengan cuaca kat tempat kita ni. Asalkan tidak memudaratkan skin anda ye. Satu lagi,korang kena ambik tahu jugak. Jangan pakai skincare yang mengandungi kandungan "PARABEN". Be alert! paraben memang tak bagus untuk skin sebab ianya sejenis bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kulit kita. Kalau nak beli skincare..krim ke..cleanser ke kena tengok ada paraben ke tak. Jangan main ambik & beli je. Baca kat belakang tu..ada kandungan paraben ke tak? Haa..cepat tengok..


haa..itu lah adha akincare..dlm kotak tu ada sabun pencuci muka,krim siang & krim malam. Kotak putih tu serum vitamin c..ada kandungan vitamin E & collagen jugak..serum magic. Sabun tu boleh tahan sampai 2 bulan lebih..lama jugak nak habis taw. Krim tu pulak boleh tahan sampai 2-3 bulan. Skincare adha ni tidak mengandungi bahan kimia merbahaya..kandungan nya sangat semulajadi berasaskan tumbuhan herbal.

Yang ni pulak serum magic tu..serum vit c. Sangat bagus..serum ni pulak boleh tahan dalam sebulan lebih. bergantung dengan kekerapan korang menggunakan nya. Tapi bagi sha serum ni boleh tahan sebulan lebih. Serum ni bagus untuk mencerahkan warna kulit sehingga wajah tampak lebih putih gebu bercahaya dan tidak kusam,ianya juga mampu mengecilkan liang roma,berfungsi sebagai anti ageing,anti wrinkle,mengurangkan kedutan di muka dan mata dan mengurangkan kantung mata seperti eyebag. Bila sapu kat muka..rasa sejuk n moist je..jangan risau. Tak rasa pedih pun..:-)

Dulu kulit sha memang jenis yang kusam..tona tak sekata..berminyak,sensitif,ada beberapa tompok jugak jeragat..pastu kasar. Hurrmmm..pic dari kiri atas tu sebelum menggunakan adha skincare..(nampak berumur muka ) yang bawah kiri tu selepas seminggu menggunakan adha..skin ada improvement,alhamdullilah. Kalau korang ada masalah dengan skin macam berjerawat,jeragat,tona tak sekata,kulit kasar,berminyak,liang pori terbuka boleh lah try adha skincare nih. Dulu sha pun tak berani nak try..tapi bila dah try alhamdullilah memang berpuas hati. Suami pun perasan skin dah semakin glowing,gebu & soft seperti kulit baby kata nya..hihi. berbunga-bunga taw hati ni..;-) Jangan risau uolls..produk ni bebas dari bahan kimia..sebab tu tahan 2-3 bulan je..kalau dah lepas 3 bulan buka bau dah semacam bererti dah tak elok lagi lah tu..
without any makeup...masa ni pas cuci muka apply serum vit c.Skin nampak fresh & glowing je kan..:-) kat umah takkan nak apply makeup jugak..bukan nya kite ni mak datin..hahaha..:-) Adha skincare ni untuk luaran..kalau untuk dalaman & luaran sha ambik shaklee supplement..shaklee supplement is the best taw! cepat try..:-) Sha amalkan esp soya protein,vitamin c ,vitamin e...dalaman & luaran kena balance ye..jaga sebaik nya..dan jangan lupa minum air kosong sekurang2 nya 3 liter sehari. Air kosong ni sangat bagus untuk skin taw..

Haa..selain skincare untuk luaran,sha ambik shaklee ni..sha suka mix kan esp shaklee ni dengan pelbagai minuman. yang ni sha mix dengan mealshakes + soya organic melilea. :-) Sedap taw..korang boleh mix esp ni dengan juice..sunquick ke,holick ke,susu marigold kotak ke..ikut selera korang ye.

yang ni pulak with krim siang adha,eyeliner,maskara & lipstick. Masa ni dalam tempoh perawatan so takleh nak apply any makeup dulu macam bedak ke,foundation ke..blusher ke..sebab dalam tempoh perawatan taknak skin kita terkejut..biar dulu bebas dari makeup..biar skin bermanja2 dulu dengan kenalan baru die adha...kalau krim siang adha,eyeliner,maskara & lipstick should be no problem nak apply. Ok,kalau korang nak mata tu nampak fresh..korang jangan pakai eyeliner hitam kat bawah mata ye..sebaik nya pkai eyeliner warna putih untuk mata nampak fresh gitu..hehe. :-)

ok..nanti sha share tentang adha skincare lagi ye..:-) Tunggu taw! banyak lagi yang menarik nak dikongsikan bersama..

~Love-sha~

~belum ready lagi tengah nak atur telekung dah tangan gatal ter "snap" pulak.~ Salam maghrib buat sahabat semua..:-)













              




Tuesday 1 October 2013

Jom cantik & awet muda dengan shaklee collagen powder

              
             Pejam celik,pejam celik dah masuk bulan oktober dah. So,bulan ni memang panas sebab merata orang dok bercerita tentang promo shaklee collagen powder ni untuk bulan oktober ni. Buy 6 free 1. Haaa...jom! Nak tahu apa best nya shaklee collagen powder ni? Haaa..korang kena lah try dulu. 

Apa itu kolagen?

-Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.


Kolagen juga terdapat pada,kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.



Siapa sesuai ambil Collagen Powder Shaklee????

Siapa sesuai amik collagen shaklee? Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah seperti berikut ye: 

~>Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata,
~> Kesan bengkak bawah mata,
~> Penglihatan kabur.
~> Gusi yang tidak sihat
~> Rambut kering dan bercabang di hujung
~> Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
~> Garis halus pada leher
~> Kulit hilang keanjalan, lebih kering.
~> Kelihatan tua daripada umur sebenar.
~> Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
~> Payudara dan punggung kelenturan
~> Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
~> Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan



Apabila badan kita kekurangan kolagen,kita akan menyedari ada nya tanda-tanda seperti berikut:

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

Kesan pengambilan kolagen

so,bagi yang ingin kekal sihat,kekal cantik,kekal awet muda,jom try shaklee collagen  powder dari shaklee ni. Kalau dah try baru tahu best ke tak collagen shaklee ni. Kalau ada pertanyaan,nak order,nak try boleh emel sha macam biasa ye. (mimi_ziera86@yahoo.com.my) Insyaallah sha akan reply nanti. Sekarang ni tengah hot promo untuk oktober. Rugi taw kalau tak grab satu or dua..:-)

~Love-sha~
Jom sihat,comel,awet muda,glowing dengan shaklee collagen powder..

Alhamdullilah,banyak yang order. Gembira sebab dapat berkongsi kebaikan shaklee ni dengan kengkawan,saudara mara,orang ramai.. yang ni menanti untuk dipos. Last week punya dah pos,yang ni tinggal packing lagi pastu pos. Danish tolong momy pack ye..pastu dady, tolong momy pos..:-)

"Rezeki itu milik Allah... 
semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain,
InsyaAllah,DIA memudahkan rezeki kita..."