Monday 17 March 2014

Banana cheeseee...sedap tak terkata




        Entry simple sha,banana cheese. sapa pernah makan??? yang ni feveret sha kalau balik kuching..mesti cari yang ni dulu. Perghhh..layan..makan kat kedai gak nyaman dihidang panas2. 
 
        Sebenar nya simple je buat banana cheese ni..goreng je pisang mcm buat pisang goreng..pastu tinggal nak letak susu pekat manis & cheese je lagi..parutkan cheese cheddar pastu letak susu dah siap..tapi tak best gak kalau takde serpihan2 tepung yang merangupkan tu.hehe. Ok,sha kalau teringin nak makan banana cheese ni.kalau malas sangat nak buat sha beli je pisang goreng kat luar tuh.balik umah ambik susu pekat manis & cheese parut dan tuang kat atas pisang goreng tu..dah siap!!! hihihi..

       Makan banana cheese sambil santai di petang hari dengan air kopi or teh..fuhhh..mavelesss. 

Resepi simple almond crunchies caramelo


Haa..mesti ada yang suka makan almond caramelo ni kan? sedap kannnn..sha pun suka. Pernah sekali beli online 3 balang..tak sampai 2 hari dah habis uolls..cemane tu. Sangat sedap sesangat. So,bila dah sedap dan rasa ketagih je bila makan,sha pun fikir baik buat sendiri lagi puas makan. Sha buat pakai loyang saiz biasa untuk buat kek je..sebab malas pula nak cari loyang yang lebih besar kat kedai..hehe. Tapi tetap menjadi jugak. Resepi yang simple dan paling senang nak buat.

Bahan-bahan;
500gm tepung florenta (memandangkn sha pakai loyang saiz biasa so sha pakai 100gm je)
30gm biji labu
30gm biji watermelon
30gm almond
30gm kuaci putih/hitam
10gm biji bijan

Cara-cara:
1) panaskan sekejap biji labu,watermelon,almond dan kuaci sebentar dalam microwave selama 10 minit dlm suhu 160c. Biar biji2 tu separuh masak..

2) lepas tu keluarkan dan sejukkan sebentar sebelum d gaul bersama dengan tepung florenta

3) bila dah sejuk gaulkan biji2 tadi bersama dengan tepung dan bijan

4) ratakan adunan dalam loyang..jangan lupa alaskan dengan kertas kek bukan kertas minyak ye.

5) siap..boleh lah dmasukkan dalam microwave dan dibakar selama 10 minit

6) selepas je keluar dari oven tu..cepat2 potong kepada beberapa kepingan dan simpan dalam bekas kedap udara.

bahan-bahan untuk membuat almond crunchy caramelo...


Gaulkan smua sekali dengan tepung florenta

tadaa...almond yang telah siap dimasak 


 Bila dah dikeluarkan terus dari oven cepat2 potong kepada beberapa kepingan tau..sebab biskut almond ni cepat mengeras. Bila dah keras tak dapat lah nak potong mengikut saiz yang kita suka.

Inilah rupa almond yang tak seberapa tapi rasa nya tiptopp..try lah buat.



kat atas tu sha bagi resepi simple untuk saiz loyang 8 inci biasa..kalau korang pkai saiz  yang lebih besar,kena adjust lah sukatan.


ok..bila dah siap d potong kepada beberapa kepingan boleh lah d simpan di dalam bekas kedap udara ye..

Ok,dah siappp..jom kita makan..:-) cuba sekali pasti nak lagi..selamat mencuba semua..