Monday 9 September 2013

Tips makeup nak muka flawless gitu..

Bila dengar muka flawless ni..mesti banyak yang suka kan. Ok..hari ni sha nak kongsikan tips makeup nak dapat muka flawless ala ala di dandan oleh mak andam ye. hehe..well,sha mmg suka semua tentang makeup ni..pantang sangat tengok makeup melonggok kat kedai tuh. Recomended makeup untuk dapat kulit wajah flawless ni..anda smua boleh try jenama MAC..MARYKAY..SUPRACOLOR..STAGE..or NATURACTOR pon boleh..cer try.

Tips pertama: Sila basuh muka dulu ye..cuci segala kotoran yang ada pada muka contoh nya muka berminyak..tak kisah lah jenama cleanser apa ye..janji harus cuci muka dulu.

Tips kedua: Haa..yang ni wajib korang apply dulu sebelum nak pakai makeup. tak kisah lah tebal or nipis makeup korang. Korang kena sapu TONER. Pelembap ye..toner ni fungsi nya utk mengelakkan pori muka kita tersumbat oleh solekan dan membantu mengecilkan pori muka. Disamping dapat membersihkan segala kotoran. 

Tips ketiga: Bila dah pakai toner..korang boleh lah sapu primer..haa..apa itu primer? kalau takde primer ibarat step makeup korang tak lengkap sangat..ok,sha suka primer dari marykay..sangat flawless muka kalau pakai tau. Tapi mana-mana primer dari jenama lain seperti MAC pun bagus jugak.  Revlon pun ok..




Tips keempat: ok,bila dah pakai foundation primer tu..baru lah apply foundation pulak. Baru lah nampak sebati. Untuk dapatkan hasil yang memuaskan hati korang pakai brush or span ye..yang khas untuk sapu foundation. Korang boleh beli kat kedai yang ada jual barangan makeup..sha suka pakai foundation marykay..sebab sapu sikit je dah nampak flawless sesangat. walaupun kecik je tapi boleh tahan sampai setahun lebih tau. Depend dengan kekerapan penggunaan korang. 


Tips kelima: Bila dah sapu foundation pula..korang boleh lah apply mineral face powder. Yang ni pun korang kena juga sapu kat muka. kalau tak pakai foundation pun sapu loose powder pun dah kira boleh jalan dah..


Tips keenam: Haa...dah sampai pun last step untuk tips solekan nak dapat wajah flawless..hehe. Bila dah habis sapu semua di atas..akhir sekali kita spraykan sikit facemist kat muka. yang ni untuk mengekalkan solekan korang tahan lebih lama. Facemist ni juga untuk buat wajah selepas solekan nampak glowing berseri je..


Okay..selamat mencuba semua nya...





3 comments:

  1. so lepas ni buat semua ni muka i boleh jd macam datin rosmah la?..haha

    ReplyDelete
  2. Anyone want to be flawless like this beautiful lady . You can follow our ig-manisonlineshop . We are sell Mary Kay product . If want to order just whatsapp me +60108235667 . If wanna ask about your face problem . Just whatsapp . We are ready to hear your problem . Thank you .

    ReplyDelete